I'm moving my updates to a different blog, http://www.farah-faisal.blogspot.com, since it's an easier address to remember and spell. It's been a great ride updating this blog, hope you'll follow me on to the next chapter!

Sunday, February 23, 2003

GREETINGS FROM ILLINOIS

202 E. White Street, #33
Champaign, IL 61820

Kehadapan rakan-rakan tercinta yang kini berade di mana- mana sahaja....

Saudara dan saudari,

Apa khabar? Saya di sini baik sahaja. Seperti yang tertulis di alamat di atas, saya kini berada di Illinois merempat di rumah Rina dan Tet. Kedatangan saya di sini ditemani oleh Teh, Nanim dan drebar berjaya, Encik Hakam. Kami bertolak dari Ann Arbor, Michigan pada jam 9.30 malam, dua jam setengah lambat dari yang dijangkakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (kunci tertinggal dalam but kereta) . Setelah lima jam setengah di dalam kereta ( ada kemalangan di tengah perjalanan, kami terkandas dalam trafik selama setengah jam, juga kami telah tersesat selama lima belas minit), akhirnya kami pon.. eh, salah,.. pun tiba di destinasi kami pada jam dua setengah pagi waktu Illinois. Kedatangan kami telah disambut dengan baik dan juga dengan nasi serta lauk oleh tuan rumah. Setelah melantak dengan segala lahapnya, kami duduk bersembang sebentar sebelum ke kamar tidur masing-masing.

Keesokan harinya, disebabkan terlalu mengantuk dan tidak cukup tidur di dalam kereta, saya hanya terbangun jam sebelas setengah pagi, dimana setengah jam selepas itu, Elly telah datang ke bilik dan terus membawa kami keluar makan di restoran Jurusalem. Di sana, kami bertemu dengan Ainur, Sheila, Auntie Maharom dan Encik Azizan dari MSD Chicago. Setelah makan, kami bergegas ke kereta kerana sejuk untuk pulang semula ke rumah. Dalam perjalanan, Tet pun menerangkan sedikit-sebanyak tentang bangunan-bangunan di kampus. Disebabkan cuaca hari terlalu sejuk, kami tidak berjalan pada hari itu. Setelah sampai di apartmen, kami pun singgah di apartmen Sheila, Ainur, Alyna dan Elly untuk menonton cerita "Ada Apa Dengan Cinta" (kali pertama buat saya, kedua buat Teh, dan ketiga buat Nanim) dan juga untuk main guitar.

Sekarang jam lapan setengah pagi, pada jam sepuluh, Rina akan membawa saya dan Teh (Nanim sedang tidur lagi ) ke halaqah di masjid. Saya perlu bersiap-siap, jadi saya sudahi dahulu surat saya buat saudara dan saudari dengan assalamu'alaikum dan jaga diri baik-baik.

Yang benar,
FARAH NAZIHAH FAISAL

No comments: