I'm moving my updates to a different blog, http://www.farah-faisal.blogspot.com, since it's an easier address to remember and spell. It's been a great ride updating this blog, hope you'll follow me on to the next chapter!

Monday, October 10, 2005

BERITA TERKINI : KERETA DI TANDUK RUSA

Sabtu, 8 Oktober 2005 - Sebuah kereta Ford Contour di timpa kemalangan pada jam 6.30 petang semasa dalam perjalanan ke Westland, Michigan. Sewaktu itu, kereta tersebut dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa di kediaman Kak Faezah (dah pindah umah baru dowh). Kereta tersebut (plat nombor -- betul ke idak ni?-- FARRA) mengalami cedera parah setelah di tanduk rusa. Kaca-kaca bersepai di tepian jalan bak pasir-pasir putih di pantai yang dipukul ombak berderai (acheewah!! Pinjam sket Din Beramboi). Rusa tersebut tidak mengalami kecederaan melainkan terpempan seketika di tepi jalan, kemudian meneruskan larian marathon pulang ke rumah.

Setelah menemuramah mangsa-mangsa terlibat iaitu Afzan, Teh, Keju, Awang dan Farah (bukan nama-nama sebenar), polis telah mengenal pasti bahawa yang bersalah adalah pihak rusa and bukan manusia-manusia yang berada di dalam kereta berkenaan. Menurut Afzan "Betul Farah, bukan salah ngko, ruse tu yang lari langgar kete ko". Menurut Farah "Hampeh punye ruse. Rosak kete aku". Menurut Awang "Nasik aku tumpah on the way balik".

Lampu depan FARRA (kereta ye bukan orang) pecah kedua-duanya. Atap kereta juga mengalami kecederaan iaitu kemek sedikit ye. Kereta idaman hati sekarang sudah rupa macam nak mati. Apa yang mampu diutarakan sekarang ialah .... "Alhamdulillah. Nasib baik saya tak drive laju sgt tok. Kalau tak, dah lagi laju langgar kijang... eh bukan kijang lah Wann.. ruse. Haa.. kalau lagi laju langgar ruse, lagi teruk kemek kete, nasib baik airbag tak kluar kalau tak dah Sodaqallah je lah kete tu" ucap Farah sambil berlinangan air mata mengingatkan nasib yang terpaksa mengeluarkan lebih kurang 200 dollar untuk membaiki lampu depan kereta.

Berhati-hati di jalan raya kepada mereka yang pulang ke kampung ber Hari Raya.

No comments: